Menu

Kertas soalan Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik Kertas II UPSR bocor

Monday, September 3, 2007 0 comments

KUALA LUMPUR, 3 Sept - Soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik Kertas II (bukan kertas objektif) didapati telah bocor kepada para pelajar sejak empat hari lalu. Selain subjek tersebut, kertas mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris dan Sains, juga didapati telah bocor kepada pengetahuan calon yang menduduki peperiksaan, bermula hari ini.

Kejadian ini terbukti apabila soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas II yang diperolehi sebelum tarikh peperiksaan adalah sama dengan soalan yang tertera pada kertas peperiksaan pada hari ini.

Segala rajah dalam kertas peperiksaan juga sama dengan soalan yang bocor itu.

"Semuanya sama, termasuk nombor soalan dan juga segala titik dan koma," beritahu seorang guru yang enggan namanya disebut.

Difahamkan, soalan-soalan bocor ini mula tersebar, antara lain, di sekitar negeri Kedah sejak Khamis lalu, iaitu sehari sebelum cuti kemerdekaan, dan serentak itu ramai guru-guru bertindak mengumpulkan pelajar untuk menjalani latih tubi menjelang tarikh peperiksaan, bermula hari ini.

Video Keselamatan Komputer 1

CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI

Video Keselamatan Komputer 2

CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI CIKGU YUSRI

Radio Pilihan

Jom Dgr Radio Anda!

:: Anda Stress - Sila Klik Pada anak Patung Untuk Hilangkannya ::

Created by : Cikgu Yusri (matseri@yahoo.com)
 
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT